|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Siti Tasnim Mahamud |
| 1 | 2017 Thesis | Hubung kait penilaian kualiti imej digital dengan kualiti peruasan dalam kegunaan penglihatan komputer Siti Tasnim Mahamud Bidang peruasan imej merupakan salah satu komponen yang kritikal di dalam
kebanyakan aplikasi penglihatan komputer dan sistem dapatan kembali maklumat.
Peruasan biasanya digunakan untuk memisahkan imej ke dalam kawasan yang
mempunyai kepentingan semantik, sekaligus menyediakan maklumat tertinggi pada
proses seterusnya mengenai struktur imej tersebut. Walau bagaimanapun, kaedah
peruasan sedia ada mempunyai masalah dalam menghasilkan peruasan yang
sempurna bagi sesetengah keadaan imej. Keadaan kualiti imej yang digunakan semasa
proses peruasan merupakan faktor yang dikenalpasti berdasarkan kajian ini. Oleh itu,
matlamat kajian adalah untuk melihat hubungan yang terdapat pada kualiti imej
dengan keberkesanan kaedah peruasan dalam memisahkan objek yang dipilih
daripada latar belakang imej dengan sempurna. Terdapat dua fasa utama di dalam
pembangunan kajian ini iaitu penilaian kualiti imej digital dan penggunaan algoritma
peruasan interaktif. Penilaian Kualiti Imej Digital (PKID..... 1003 hits |