|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Siti Warhaqah Mior Zulbahri |
| 1 | 2025 Thesis | Analisis perlambangan anatomi mulut dalam simpulan Bahasa dari sudut budaya masyarakat Melayu Siti Warhaqah Mior Zulbahri Kajian ini bertujuan untuk menganalisis mengenai sikap dan tingkah laku masyarakat Melayu mengenai budaya masyarakat Melayu berdasarkan simpulan bahasa berasaskan anatomi mulut. Terdapat tiga objektif yang telah dikaji iaitu, mengenal pasti makna konteks leksikal dalam metafora anatomi mulut di dalam media sosial, objektif kedua adalah menganalisis domain makna metafora dalam simpulan bahasa berasaskan anatomi mulut berdasarkan Teori Inkuisitif bagi menjelaskan pemikiran masyarakat Melayu dan objektif ketiga adalah untuk menghuraikan justifikasi domain makna metafora dalam simpulan bahasa mengikut perspektif budaya dan akal budi masyarakat Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan mengutamakan kaedah analisis kandungan kerana dapat menganalisis ciri-ciri perbualan dan penulisan yang dituturkan oleh masyarakat Melayu. Analisis kandungan yang digunakan ialah analisis kandungan relational, iaitu analisis makna yang mempunyai hubungan sesuatu konsep yang terdapat ..... 9 hits |