UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Siva Rabindarang |
1 | 2014 thesis | Kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja di kolej vokasional, Malaysia Siva Rabindarang Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Selain itu, hubungan serta sumbangan kepimpinan distributif terhadap komitmen organisasi dan tekanan kerja juga ditentukan. Pandangan tenaga pengajar tentang tahap kepimpinan distributif, komitmen organisasi dan tekanan kerja juga dikaji. Kajian ini dilaksanakan dengan kaedah gabungan kuantitatif dan kualitatif iaitu ‘explanatory mixed method design’. Seramai 457 responden daripada kolej-kolej vokasional di Malaysia dipilih dengan kaedah persampelan rawak mudah untuk menjawab soal selidik. Manakala seramai 8 responden pula dipilih dengan kaedah persampelan bertujuan untuk sesi temu bual dengan soalan separa berstruktur. Data telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan distributif adalah sederhana tinggi dengan dimensi kerjasama pasukan adalah paling dominan. Ta..... 2663 hits |
2 | 2014 article | Refleksi tenaga pengajar terhadap kepemimpinan distributif dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional Rabindarang Siva, Khuan Wai Bing, Khoo Yin Yin, Kepemimpinan mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan tenaga pengajar. Tekanan kerja menyebabkan prestasi dan kualiti kerja menurun. Oleh itu, gaya kepemimpinan yang lebih fleksibel dan bercorak perkongsian perlu diamalkan dalam sistem pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan perkaitan di antara kepemimpinan yang bercorak perkongsian iaitu kepemimpinan distributif dan tekanan kerja dalam pendidikan teknik dan vokasional. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur. Responden kajian dipilih dengan teknik persampelan bertujuan iaitu mempunyai minima setahun pengalaman mengajar dalam pendidikan teknik dan vokasional. Seramai empat responden iaitu tenaga pengajar daripada pendidikan teknik dan vokasional telah dipilih untuk sesi temu bual. Data kajian dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Data temu bual dikumpul dan dianalisis dengan mentranskripsi temu bual secara verbatim, dikod dan dikategorikan mengikut tema. Dapatan kajian menunjukkan..... 1170 hits |