UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Suhaila Mohd Nizor |
1 | 2022 thesis | Kesan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif terhadap kemahiran sosial kanak-kanak Tabika Kemas Suhaila Mohd Nizor Kajian ini bertujuan mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti pergerakan kreatif dalam
meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak Tabika KEMAS dengan mengenalpasti
masalah kemahiran sosial, jenis aktiviti pergerakan kreatif yang akan dilaksanakan, dan
kesannya terhadap kemahiran sosial kanak-kanak. Kajian ini melibatkan tiga fasa, di mana
fasa pertama ialah memilih dan membuat perancangan aktiviti, sementara fasa kedua ialah
pelaksanaan aktiviti. Fasa ketiga ialah menilai kesan aktiviti yang telah dipilih terhadap
kanak-kanak. Kajian ini menggunakan Teori Pemodelan Albert Bandura dan Teori Ekologi
Urie Bronfrenbrenner. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes telah digunakan
dalam kajian ini dengan melibatkan empat orang kanak-kanak tabika dan dua orang guru
di Tabika KEMAS Siber, Puchong, Selangor. Sementara itu, tiga jenis instrumen kajian
digunakan iaitu rekod berterusan, senarai semak kemahiran sosial, dan soalan temubual.
Data pemerhatian, temubual, dan dokumen rasm..... 1022 hits |