UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Sumathi Annamalai |
1 | 2021 Thesis | Pengetahuan dan kesedaran ibu bapa tentang taska institusi berdaftar yang berkualiti di daerah Kinta Utara Sumathi Annamalai Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengetahuan dan kesedaran ibu bapa tentang
TASKA institusi berdaftar yang berkualiti. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk
Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data kajian ialah temu bual berstruktur dengan protocol instrumen. Seramai sepuluh orang
ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka untuk diasuh dan dididik di TASKA institusi
berdaftar di daerah Kinta Utara, Perak telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Data
dianalisis menggunakan kaedah hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks temu bual
yang ditranskripsi kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa masih
tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai TASKA institusi berdaftar sama
ada dari aspek definisi mahupun kurikulum dan isu perlesenan. Walau bagaimanapun, ibu
bapa setuju bahawa mereka sedar perkembangan anak-anak mereka selepas menghadiri
TASKA amat memuaskan dengan peningkatan dalam pelakuan t..... 545 hits |