|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Suraya Bahrum |
| 1 | 2018 Article | Kebolehgunaan modul "steAm" dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah Suraya Bahrum Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kebolehgunaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah yang lebih dikenali dengan STEAM. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kualitatif diperoleh melalui temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Lima modul STEAM telah dibina dan ditentusahkan oleh pakar bidang. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru dan 30 orang murid dari tiga buah sekolah rendah harian di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Penghuraian, pentafsiran dan rumusan data dilakukan dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Kesahan dan kebolehpercayaan diperoleh dari teknik delphi dari sekumpulan pakar dan dengan nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Data dianalisis menggunakan atlas-ti dan dapatan kajian dilaporkan berdasarkan kepada soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul 1) senang difahami 2) memberi maklumat dan berfaedah 3)..... 1201 hits |
| 2 | 2021 Thesis | Reka bentuk pembangunan modul PSV berasaskan STEM bagi sekolah rendah Suraya Bahrum Objektif kajian ini untuk mengkaji penggabungjalinan Pendidikan STEM dan
Pendidikan Seni Visual (PSV) melalui sebuah modul pembelajaran di sekolah rendah.
Pengajaran dan pembelajaran PSV secara konvensional menggambarkan permasalahan
guru yang kekurangan sumber rujukan dan pengetahuan serta tidak berkemahiran
dalam menjalankan pendekatan gabung jalin terutamanya STEM yang menjadi
keperluan sebagai sebuah negara maju. Kajian ini meneroka kefahaman dan
pengetahuan guru terhadap gabung jalin STEM dengan isi kandungan PSV, di samping
mengenal pasti potensi pendidikan STEM terhadap peningkatan pengetahuan pedagogi
guru dan kemahiran STEM dalam kalangan murid. Kajian kualitatif ini melibatkan
partisipan kajian yang terdiri daripada 3 orang guru dan 30 orang murid dari tiga buah
sekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesahan dan
kebolehpercayaan modul diperoleh melalui Teknik Delphi dari lapan orang pakar dan
modul telah dirintis selama seminggu. Analisis data di..... 3827 hits |