UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Suraya Mohamed Sabri |
1 | 2023 thesis | Pembangunan dan penentusahan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran Sains tingkatan empat Suraya Mohamed Sabri Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran STEM Nu-Tech bagi
topik tenaga nuklear untuk mata pelajaran sains tingkatan empat. Kajian ini
menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan yang dipelopori oleh
Richey dan Klein yang melibatkan tiga fasa kajian. Model Pembinaan Modul Sidek
mendasari kajian ini. Data kajian fasa pertama iaitu analisis keperluan dikumpul
melalui soal selidik yang diedarkan kepada 110 orang guru sains dipilih sebagai
persampelan bertujuan. Data dianalisis secara deskriptif menunjukkan majoriti guru
bersetuju keperluan membangunkan modul pembelajaran STEM bagi topik tenaga
nuklear untuk pelajar. Data daripada fasa kedua iaitu peringkat reka bentuk modul
diperolehi menggunakan teknik Fuzzy Delphi oleh 11 orang panel pakar. Analisis
berdasarkan konsensus pakar terhadap soal selidik yang terdiri daripada tujuh skala
Likert linguistik. Panel pakar telah mencapai kesepakatan bersama dengan nilai
threshold (d) ≤ 0.2 iaitu melebihi 75% ..... 261 hits |