|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Suzana Abu Hassan |
| 1 | 2018 Thesis | Kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif model STAD dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan dua Suzana Abu Hassan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pelaksanaan pendekatan pembelajaran koperatif
model Student Team Achievement Division (STAD) terhadap pencapaian murid dalam
penulisan karangan Bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini.
Sampel kajian terdiri daripada 56 orang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah
kebangsaan (Cina) di Kuala Lipis, Pahang. Kajian menggunakan ujian pra, ujian pasca dan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan terdiri daripada 29
orang murid, manakala kumpulan rawatan terdiri daripada 27 orang murid. Kumpulan
kawalan mengikuti pembelajaran secara tradisional, manakala kumpulan rawatan pula
mengikuti pembelajaran secara koperatif model STAD. Ujian-t digunakan untuk mengkaji
sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan antara skor dalam ujian pra dan ujian
pasca penulisan karangan murid. Dapatan kajian menunjukkan ..... 2971 hits |