UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Syahruan Azan Ngadmid |
1 | 2015 thesis | Hubungan perapatan guru dengan murid dalam bilik darjah terhadap tingkah laku moral murid Syahruan Azan Ngadmid Kajian ini mengkaji perapatan antara guru dan murid dengan memfokuskan kepada hubungan
perapatan guru dan murid terhadap tingkah laku moral murid, Dalam kajian ini, aspek perapatan
yang menjadi fokus kajian ialah aspek sikap dan tingkah laku guru yang melibatkan sikap dan
tindakan guru yang peduli, adil, peka terhadap keperluan murid, dan rnesra. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti bentuk perapatan yang wujud dalam bilik darjah, melihat hubungan
yang wujud antara guru dengan murid terhadap tingkah laku moral murid, dan mengenal pasti
corak perapatan guru yang berbeza yang mempengaruhi tingkah laku moral murid. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan pendekatan deskriptif korelasi manakala data kuantitatif daripada temu bual
dianalisis bagi mengenal pasti corak perapatan yang wujud dalam bilik darjah. Seramai 71 orang
responden telah dipilih secara rawak di salah sebuah sekolah menengah di Daerah Jasi..... 803 hits |