|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 4 |
| Simplified search suggestions : Syamsulaini Sidek |
| 1 | 2016 Article | Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal Sidek Syamsulaini, Hashim Mashitoh, 5880 hits |
| 2 | 2021 Article | Reka bentuk antara muka: panduan reka letak dan susun atur kandungan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) Syamsulaini Sidek Guru, ibu bapa, dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif yang proaktif bagi menyokong golongan Murid Bekeperluan Khas (MBK) yang lemah membaca melalui program pendidikan inklusif. Kertas konsep ini adalah bertujan untuk memberi panduan kepada pembangun aplikasi multimedia berkenaan reka letak dan susun atur kandungan bagi sesebuah aplikasi untuk membaca bagi MBK. Panduan bagi reka letak dan susun atur kandungan adalah berdasarkan prinsip dan teori pembelajaran yang diperolehi melalui kajian perpustakaan, artikel jurnal, buku, tesis dan prosiding kajian dijadikan sumber asas bagi memperolehi maklumat reka bentuk antara muka yang sesuai untuk MBK. Data dikumpulkan melalui borang senarai semak dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Dapatan menunjukkan bahawa bagi membangunkan aplikasi multimedia berkonsepkan bacaan untuk MBK, reka bentuk antara muka perlulah diberi penekanan khusus terutamanya dalam aspek teori pembelajaran MBK untuk membaca dan prinsip ..... 984 hits |
| 3 | 2012 Thesis | Kesan penggunaan strategi animasi ke atas antaramuka koswer terhadap tumpuan dan pencapaian pelajar Syamsulaini Sidek Kajian ini telah membangunkan dan menguji jujukan tumpuan serta kesannya terhadap pembelajaran di
antara dua antaramuka koswer yang menggunakan strategi paparan berbeza. Topik yang dipilih bagi
tujuan ini ialah Mod Penghantaran dalam matapelajaran Rangkaian Komputer. Sampel kajian melibatkan
44 orang pelajar ljazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pelajar
dibahagikan kepada dua kumpulan sampel iaitu Kumpulan I melibatkan 22 orang pelajar menggunakan
koswer Antaramuka Strategi Paparan Animasi Dikawal (AK) dan kumpulan 2 juga melibatkan 22 orang
pelajar yang menggunakan koswer Antaramuka Strategi Paparan Animasi Tidak Dikawal (ATK). Kedua-dua
kumpulan sampel ini diuji bagi mengesan jujukan tumpuan pelajar terhadap antaramuka berbeza
strategi paparan animasi dengan mengedarkan borang soal selidik. Bagi menguji kesan strategi
paparan animasi berbeza di atas antaramuka koswer terhadap pencapaian pelajar pula, pelaj..... 540 hits |
| 4 | 2016 Article | Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal Syamsulaini Sidek Artikel ini membentangkan hasil penilaian kritikal pengajaran berasaskan video yang berperanan dalam menggalakkan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar (SCL) di kalangan pelajar. Penggunaan video banyak membantu pendidik untuk memudah aktiviti pengajaran di samping pelajar lebih seronok untuk belajar. SCL mampu menghasilkan pelajar yang lebih aktif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, penggunaan video ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha memberi motivasi dan sekaligus menarik minat dalam pembelajaran. Metodologi yang diguna adalah dengan membuat carian artikel menggunakan beberapa kata kunci menerusi pangkalan data digital yang dipilih seperti IEEE, ScienceDirect, Web of Science dan sebagainya. Rumusan daripada hasil analisis dan kritis pembacaan kajian lepas telah menemui lima kepentingan video iaitu dapat meningkatkan bilangan bacaan dan bahan pengajaran, membantu dalam pembangunan asas pengetahuan pelajar, mengukuh kefahaman, ..... 41 hits |