UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Syarinah Mad Sehat |
1 | 2015 thesis | Kesan token ekonomi, peneguhan dan peraturan terhadap perubahan tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak Syarinah Mad Sehat Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan program intervensi menggunakan token ekonomi, peneguhan dan peraturan bagi mengurangkan masalah tingkah laku disruptif dalam kalangan kanak-kanak prasekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian kuasi-eksperimen digunakan bagi melihat keberkesanan program dalam perbandingan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Reka bentuk Pembalikan ABA digunakan untuk memungut data bagi enam jenis masalah tingkah laku disruptif dengan menggunakan borang pemerhatian. Reka bentuk Pembalikan ABA adalah analisis perubahan tingkah laku ke atas program intervensi yang bermula dari pungutan data sebelum intervensi (A), semasa intervensi (B) dan selepas intervensi dihentikan (A). Seramai 48 orang kanak-kanak yang berumur 6 tahun daripada sebuah prasekolah swasta yang terletak di daerah Seri Kembangan, Selangor telah dipilih sebagai sampel dan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu 24 orang setiap kumpulan. Perbezaan Min penggunaan ..... 1971 hits |
2 | 2021 article | Tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti pembelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Universiti Islam Melaka Syarinah Mad Sehat Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada sektor-sektor tertentu. Bagi sektor pendidikan, pelajar adalah penerima perkhidmatan berbentuk pembelajaran terutamanya yang disediakan oleh sesebuah institusi. Proses pembelajaran yang berkualiti tentunya berkait rapat dengan kualiti pensyarah. Walaubagaimanapun, kepuasan pelajar terhadap kualiti pembelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) masih belum dilihat. Kajian ini penting untuk dilaksanakan kerana kejayaan seseorang pelajar adalah bergantung kepada kualiti seseorang pensyarah yang secara tidak langsung dapat menaikkan imej sesebuah institusi pendidikan. Penyelidikan ini dilakukan untuk; (i) mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti pembelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di KUIM; (ii) mengenal pasti hubungan antara kualiti pembelajaran dengan kepuasan pelajar terhadap program Pendidikan Awal Kanak-kanak; dan (iii) menge..... 417 hits |