AbstractPenggunaan peranti mudah alih dalam pendidikan telah membawa perubahan besar
kepada sistem pendidikan tradisional melalui kemunculan pembelajaran mudah alih
(m-pembelajaran). Peranti mudah alih dilihat berpotensi untuk menyokong
pembelajaran yang lebih demokratik, fleksibel, autonomi, menyeluruh serta
menyokong pembelajaran formal dan tidak formal. Namun demikian, mpembelajaran
di universiti awam merupakan bidang baru dan kadar penggunaannya
perlahan. Ini disebabkan penolakan pengguna untuk menerima sesuatu teknologi
yang mengakibatkan pelaksanaannya berakhir dengan kegagalan.
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menentukan penerimaan,
penggunaan dan keterlibatan pelajar dalam aplikasi mudah alih MClass dalam
kalangan pelajar di universiti awam. MClass merupakan satu aplikasi mudah alih
yang membolehkan capaian akses cepat kepada Internet dari peranti mudah alih
kepada kandungan kursus. Konsep MClass mirip kepada Sistem Pengurusan
Pembelajaran (LMS) namun .....