UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Tan Gaek Ling |
1 | 2023 thesis | Analisis penguasaan kemahiran merancang eksperimen dalam kalangan pelajar Biologi tingkatan 4 di daerah Hilir Perak Tan, Gaek Ling Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penguasaan kemahiran merancang eksperimen
dalam kalangan pelajar, meneroka isu-isu yang mempengaruhi kesediaan pelajar dalam
merancang eksperimen dan meneroka isu-isu yang berkaitan dengan pengendalian
PEKA Biologi dalam kalangan guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes
deskriptif. Seramai 190 orang sampel pelajar dipilih menggunakan kaedah
pensampelan rawak berlapis manakala 22 orang pelajar dan 5 orang guru Biologi dipilih
menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Tiga instrumen yang telah disahkan oleh
pakar iaitu ujian penilaian penguasaan kemahiran merancang eksperimen, protokol
temu bual guru, protokol temu bual pelajar dan nilai kesahan ialah 0.79, 0.91 dan 0.80.
Data daripada ujian penilaian penguasaan kemahiran merancang eksperimen dianalisis
secara statistik deskriptif iaitu melibatkan frekuensi dan peratusan manakala data temu
bual dan pemerhatian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian
men..... 211 hits |