AbstractKajian ini dijalankan untuk meninjau persamaan dan perbezaan kata ganti nama diri orang antara bahasa Cina dan bahasa Melayu dalam penggunaan kata ganti nama diri orang dalam kalangan pelajarpelajar Melayu yang mempelajari bahasa Cina. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis kontrastif terhadap kata ganti nama diri orang dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu dengan membandingkan penggunaan kata ganti nama diri orang dalam kedua-dua bahasa. Hasil kajian ini menunjukkan banyak persamaan dan perbezaan dalam kata ganti nama diri orang dalam konteks nahu. Pelajar-pelajar Melayu dapat memahami unsur persamaan dan keunikan kedua-dua bahasa itu supaya para pelajar dapat memberi perhatian semasa mempelajari penggunaan kata ganti nama diri orang dalam bahasa Cina sebagai bahasa kedua.
Kata Kunci Kata Ganti Nama Diri Orang; analisis kontrastif; bahasa Cina; bahasa Melayu..