UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Termizi Mohamed |
1 | 2005 thesis | Peranan Pengetua dalam penyeliaan pengajaran di empat buah sekolah menengah terpilih daerah Perak Tengah, Perak Termizi Mohamed Kajian ini bertujuan untuk melihat peranan pengetua dalam penyeliaan pengajaran dan keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah menengah daripada perspektif guru. Penyeliaan pengajaran yang dikaji adalah daripada aspek peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran, peningkatan profesionalisme guru dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah menengah terpilih (3 Gred A dan 1 Gred B) di daerah Perak Tengah, Perak. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang guru. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik New Ah Kow (I998) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian masa dan tempat untuk melihat amalan penyeliaan pengajaran di sekolah. Data dianalisis menggunakan program SPSS versi 11. Dapatan kajian dari segi tahap pencapaian yang menggunakan analisis deskriptif mendapati peranan pengetua dalam pelaksanaan kurikulum, penyediaan bahan pengajaran dan peningkatan profesionalisme guru berada di tahap sederhana. ..... 22 hits |