AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti corak kehidupan masyarakat India ladang,
menghuraikan protes sosial terhadap kesengsaraan masyarakat India ladang dan
menganalisis corak kehidupan masyarakat India ladang berdasarkan watak dan
perwatakan dalam sajak moden N. Pachaibalan. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan
dan kaedah analisis kandungan serta menggunakan teori sosiologi. Pola perbincangan kajian
ini bertumpu kepada masalah sosial, ekonomi dan politik. Dapatan kajian menunjukkan daripada 50
buah sajak moden yang dikaji, 30 buah sajak moden menggambarkan isu sosial, empat buah sajak moden
menggambarkan isu ekonomi, dua buah sajak moden menggambarkan isu politik. Baki sebanyak 14
buah sajak moden menggambarkan isu protes sosial. Corak kehidupan masyarakat India
ladang.....