UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Tor Guan Yi
12020
article
Analisis keperluan bagi pembangunan modul Matematik tingkatan 1 untuk pengekalan pengetahuan konseptual dan prosedural
Leong, Teh Guan
Dalam kajian reka bentuk dan pembangunan, analisis keperluan perlu dijalankan untuk memastikan modul pembelajaran bagi pengekalan pengetahuan konseptual dan prosedural yang akan dibangunkan dapat memenuhi keperluan sasaran kajian. Analisis keperluan telah dijalankan untuk mengenal pasti topik-topik Tingkatan 1 yang murid rasa sukar, sederhana sukar dan yang paling sukar dipelajari, mengkaji persepsi murid terhadap kesukaran yang mereka hadapi dalam pembelajaran matematik dan mengkaji persepsi murid terhadap ciri-ciri modul yang mereka hasratkan bagi mengekalkan pengetahuan konseptual dan prosedural topik Matematik Tingkatan 1 yang dipelajari. Responden kajian ini terdiri daripada 150 orang murid Tingkatan 1 dan 150 orang murid Tingkatan 2. Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil dapatan analisis statistik deskriptif menunjukkan topik Persamaan Linear sebagai topik paling sukar, Ungkapan Algebra sebagai topik sederhana sukar dan Ketaksamaan Linear .....

1360 hits

22022
article
Analisis kandungan topik Ruang dalam buku teks Matematik KSSR semakan 2021
Tor, Guan Yi
Buku teks matematik berperanan sebagai panduan yang penting dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) matematik. Kajian ini bertujuan bukan sahaja untuk mengenal pasti perbezaan persembahan isi kandungan serta perbezaan analisis latihan dan aktiviti topik Ruang antara buku teks Matematik Tahun 5 KSSR Semakan 2021 Sekolah Kebangsaan (SK) dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Analisis kandungan merangkumi penerangan konsep dan prosedur serta aplikasi aktiviti STEM, konstruk dan aras kesukaran latihan serta bilangan dan kekerapan latihan. Analisis anekdot dilakukan untuk memaparkan persembahan isi kandungan secara naratif, manakala analisis deskriptif dilakukan untuk menganalisis latihan dan aktiviti. Dapatan menunjukkan terdapat beberapa perbezaan dalam penyampaian konsep matematik dan aplikasi aktiviti STEM antara kedua-dua buah buku teks matematik, manakala kebanyakan latihan berada pada aras sederhana. Maka, kajian ini adalah signifikan dalam penambahbaikan kandungan buku tek.....

516 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.