AbstractTamu telah wujud di Sabah sebelum kedatangan penjajah. Ketika zaman penjajahan itu, tamu adalah tempat pertemuan penting bagi masyarakat tempatan untuk mendapat barangan keperluan harian mereka. Selari dengan kepesatan pembangunan semasa, peranan tamu dilihat lebih dari tempat pertemuan penduduk untuk mendapatkan barangan dan pelaksanaannya juga dilihat telah berubah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan dan prospek tamu dalam pembangunan luar bandar di negeri Sabah. Selain mengenal pasti isu yang wujud di tamu luar bandar, isu utama kajian ini adalah sejauh manakah tamu luar bandar memainkan peranan sebagai penggerak kepada pembangunan luar bandar. Perbincangan dalam artikel ini banyak berdasarkan kepada temu bual secara mendalam, pemerhatian di lapangan dan data sekunder yang diperoleh daripada jabatan kerajaan, jurnal, dan buku ilmiah. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai isu tempatan yang berkait dengan .....