UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Uma Mariapan
12018
Thesis
Amalan penggunaan air secara lestari : kajian kes dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Kinta Utara, Perak
Uma Mariapan
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap, hubungan serta sumbangan antara pemboleh ubah pengetahuan, nilai, kemahiran, sikap terhadap amalan penggunaan air secara lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kinta Utara, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan serta soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 420 orang pelajar Tingkatan 4 dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah manakala pemilihan sampel sekolah adalah secara rawak berstrata. Analisis deskriptif (min, peratus) dan analisis inferensi (ujian-t, korelasi Pearson, regresi linear) digunakan untuk menjawab setiap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan (M=3.97, SP=.48), nilai (M=4.16, SP=.65), sikap (M=3.99, SP=.58) berada pada tahap tinggi manakala amalan penggunaan air (M=3.58 dan SP=.52) berada pada tahap sederhana. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap amalan penggunaa.....

927 hits

22018
Article
Kajian penggunaan air secara lestari dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Uma Mariapan
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis amalan penggunaan air dalam kalangan pelajar tingkatan empat daerah Kinta Utara, Perak. Kajian ini memilih metod kuantitatif melalui instrument soal selidik yang melibatkan seramai 420 pelajar sekolah menengah. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih iaitu pelajar tingkatan empat di daerah Kinta Utara, Perak. Data kajian dikumpul melalui borang soal selidik yang berfokus pada lima pemboleh ubah iaitu pengetahuan, nilai, kemahiran, sikap dan amalan penggunaan air secara lestari. Analisis kajian untuk meneliti tahap amalan penggunaan air secara lestari. Seterusnya analisis inferensi (kolerasi Pearson dan regresi berganda) digunakan untuk meneliti hubungan dan sumbangan setiap pemboleh ubah kajian. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan penggunaan air secara lestari bagi pelajar adalah sederhana. Seterusnya analisis kolerasi Pearson menunjukkan bahawa keempat-empat pemboleh ubah tidak bersandar mempunyai hubungan positif.....

612 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.