AbstractSelaras dengan perkembangan dan teknologi pada masa kini, dasar pendidikan di
negara kita sering mengalami perubahan dari masa ke masa. Dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang baharu secara
lebih menyeluruh lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkaji
semula sistem pendidikan Malaysia yang sedia ada pada Oktober 2011. Kajian ini
bertujuan untuk mengetengahkan aspek-aspek yang utama dalam Standard Pendidikan
Antarabangsa di mana ianya semakin meningkat seiring dengan peningkatan aspirasi
negara untuk mempersiapkan generasi muda masa kini berhadapan dengan dunia abad
ke-21...