UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Uthayasoorian Shanmugam |
1 | 2018 thesis | Faktor penagihan semula dan strategi menanganinya dalam kalangan kes pengawasan dalam komuniti Uthayasoorian Shanmugam Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor dominan penagihan semula, strategi
menanganinya, menganalisis dan membuat penambahbaikan ke atas program rawatan dan pemulihan dalam
komuniti. Pendekatan kualitatif menggunakan Kaedah Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini.
Persampelan bertujuan digunakan, melibatkan 20 orang subjek kajian terdiri daripada kes pengawasan
dalam komuniti dan 5 orang subjek kajian terdiri daripada kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta.
Empat jenis instrumen digunakan dalam rangka memenuhi Kaedah Triangulasi, iaitu temu bual,
pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen. Subjek kajian kes pengawasan ditemu bual secara
individu dan temu bual ini dirakam. Pemerhatian dilakukan dengan mengadakan lawatan ke rumah subjek
kajian dalam program ‘home visit.’ Subjek kajian kakitangan AADK daerah digunakan untuk kajian soal
selidik. Data analisis dokumen, iaitu Laporan Penilaian Prestasi Kep..... 3499 hits |