UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Vichetera Rajagani |
1 | 2019 article | Kupasan kajian pelan penggantian Vichetera Rajagani Pelan penggantian merupakan salah satu isu sumber manusia yang penting pada masa kini. Mengikut Rothwell (2010), pelan penggantian sesebuah organisasi melibatkan dua perkara iaitu penyediaan pemimpin masa hadapan dan pembangunan kerjaya individu. Di samping itu pelan penggantian juga didefinisikan sebagai usaha yang berterusan dan sistematik untuk memastikan kesinambungan kepimpinan, perlindungan, pembangunan modal intelektual dan pengetahuan untuk masa depan organisasi serta mendorong pembangunan individu (Hassan & Nasibollah, 2016). Selain itu pelan penggantian juga dilihat sebagai apa-apa usaha yang diambil untuk memastikan prestasi organisasi, bahagian atau jabatan kekal berkesan secara berterusan melalui perlaksanaan pembangunan, penggantian pegawai dan perancangan strategik terhadap jawatan penting dari masa ke semasa (Rothwell, 2005). Menyedari kepentingan pelan penggantian banyak kajian lepas telah dijalankan sebelum ini bagi melihat pelan penggantian menggunakan pelbagai pembo..... 456 hits |
2 | 2021 thesis | Pengaruh kepimpinan transformasional transaksional dan budaya organisasi terhadap pelan penggantian di Kementerian Pendidikan Malaysia Vichetera Rajagani Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh kepimpinan
transformasional, kepimpinan transaksional dan budaya organisasi dalam kalangan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian
ini menggunakan Teori Rothwell, disokong dengan Teori Kepimpinan Bass dan Avolio
serta Competing Value Framework (CVF) of Organizational Culture, Cameron dan Quinn.
Dari segi metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Kajian ini melibatkan 260 responden kajian dari 21 Bahagian di
KPM. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferens iaitu
analisis Korelasi, ANOVA dan Regresi Pelbagai. Kajian ini menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan dalam pelan penggantian berdasarkan faktor kelayakan akademik dan
tempoh pengalaman kerja manakala wujud perbezaan dalam pelan penggantian
berdasarkan faktor umur dengan nilai signifikan ujian Welch .003 (p < .05). ..... 691 hits |