AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan watak-watak wanita dalam sistem
patriarki kekeluargaan berdasarkan teori subaltern yang diutarakan oleh Gayathri Spivak.
Mengikut teori tersebut, dalam konteks kajian terhadap wanita-wanita yang tertindas oleh
golongan lelaki dalam patriarki kekeluargaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif secara
deskriptif berdasarkan analisis dokumen iaitu, teks cerpen ‘Am’m?vukku’. Pemilihan cerpen
‘Am’m?vukku’ berdasarkan kepada teks cerpen yang lengkap dan ia memberi fokus kepada
wanita Subaltern. Data diperoleh dianalisis secara analisis tematik melalui pembacaan dan
penelitian bahan kajian, pemilihan data teks cerpen mengikut watak-watak wanita dalam sistem
patriarki kekeluargaan, menyusun dan membuat rumusan. Setiap sembilan cerpen yang dikaji
mengandungi watak-watak wanita yang berbeza penindasan terhadap dirinya. S.....