|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Wan Ameera Farhah Wan Azahari |
| 1 | 2019 Thesis | Pengaruh amalan pembelajaran profesional terhadap kepimpinan guru-guru Kolej Vokasional di Perak Wan Ameera Farhah Wan Azahari Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh amalan pembelajaran profesional
terhadap kepimpinan guru kolej vokasional di negeri Perak. Pendekatan kuantitatif reka
bentuk deskriptif korelasi telah digunakan dalam kajian ini. Sampel terdiri daripada 278
orang guru yang dipilih secara rawak mudah dari 10 buah kolej vokasional di negeri Perak.
Data dianalisis menggunakan min, korelasi Pearson dan regresi pelbagai. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran profesional (min = 3.89, SP = .39)
adalah pada tahap tinggi manakala kepimpinan guru (min = 4.16, SP = .33) pada tahap
yang sangat tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan
yang kuat antara amalan pembelajaran profesional dengan kepimpinan guru (r= .51, p =
.01). Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa pemboleh ubah amalan pembelajaran
profesional pertama iaitu pembangunan portfolio (β = .36, p< .05) merupakan pengaruh
utama terhadap kepimpinan guru diikuti dengan latihan (..... 2309 hits |