AbstractIsu kelemahan dalam melafazkan huruf-huruf al-Quran secara sempurna dan tepat dilihat masih berlaku dalam kalangan pelajar dewasa di pusat-pusat pengajian al-Quran walaupun telah melalui bimbingan bacaan al-Quran untuk satu tempoh masa yang tertentu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis huruf-huruf al-Quran yang dilafazkan secara tidak tepat dari sudut makhraj, sifat dan lahjah dalam kalangan pelajar dewasa di pusat pengajian al-Quran dewasa di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Data telah dikumpul dengan intrumen set ujian kualiti bacaan dari enam kategori ayat al-Quran yang dijalankan terhadap 70 responden yang terdiri daripada pelajar dewasa yang sedang menyertai program Talaqqi al-Quran Riwayat Hafs One To One di PPQM Quranic Centre, Tartil Centre dan Al-Jazari Centre. Keputusan ujian mendapati 20 huruf yang disebut secara tidak tepat oleh responden yang mana huruf tertinggi adalah huruf Zai.....