UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Wan Noorlizawati Wan Mat Ali |
1 | 2019 Article | Kesedaran kebangsaan nasionalis kiri Melayu: satu pengenalan Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Makalah ini membincangkan kesedaran kebangsaan golongan rakyat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua khususnya dengan kemunculan PKMM. Mereka menjadi satu gerakan yang dinamik dan tidak tertakluk kepada kerangka politik Melayu tradisional. PKMM dianggap sebagai golongan radikal dalam politik Tanah Melayu. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan maklumat berkenaan gerakan kiri dan faktor yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini dicerap dari dokumen, buku, akhbar, majalah serta artikel yang berkaitan. Sumber-sumber ini dianalisis untuk menghasilkan artikel ini. Hasil kajian memperlihatkan golongan nasionalis kiri Melayu berjuang untuk membela nasib masyarakat Melayu yang semakin jauh ketinggalan berbanding golongan imigran dan secara terbuka menuntut kemerdekaan. Kesedaran golongan ini banyak dipengaruhi oleh semangat yang dicetuskan oleh negara luar seperti India, Timur Tengah dan juga Indonesia di samping peranan akhbar. Secara ringkasnya pengaruh luar melahirkan kesedaran dalam kal..... 938 hits |
2 | 2019 Thesis | Kedaulatan rakyat dalam perjuangan politik nasionalis kiri Melayu, 1945-1948 Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Kajian ini bertujuan menganalisis konsep kedaulatan rakyat yang menjadi dasar pemikiran politik yang dibawa oleh golongan nasionalis kiri Melayu pada tahun 1945- 1948. Pemikiran politik ini begitu berbeza daripada feudalisme yang mendasari politik tradisional Melayu. Perkembangan dalam tahun 1945-1948 memperlihatkan bahawa golongan nasionalis kiri Melayu cuba menonjolkan pemikiran yang mahu memastikan golongan bawahan terlibat dalam politik melalui idea, visi dan konsep yang baharu berasaskan kepada prinsip demokrasi. Kaedah penyelidikan kualitatif dengan tumpuan kepada analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Sumber primer dalam kajian ini meliputi fail, rekod, laporan, akhbar dan majalah yang diterbitkan dalam tempoh kajian. Sumber sekunder ialah buku, jurnal dan tesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa intipati utama dalam kedaulatan rakyat yang diperjuangkan oleh golongan kiri adalah untuk meningkat dan memartabatkan peranan golongan bawahan dalam pentadbiran dengan men..... 3652 hits |
3 | 2021 Article | Tanggungjawab Guru dalam Memperkasakan Pendidikan Menurut Majalah Berbahasa Melayu 1940-an Hingga 1950-an Wan Noorlizawati Wan Mat Ali Makalah ini bertujuan untuk memperlihatkan satu sisi baharu dalam sejarah perkembangan pendidikan sekular di Tanah Melayu sepanjang 1940-an sehingga 1950-an. Ia memberi tumpuan kepada perbincangan yang diterbitkan di dalam majalah dan akhbar berbahasa Melayu berkaitan dengan tanggungjawab guru untuk memperbaiki mutu pengajaran mereka. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kajian keperpustakaan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Maklumat berkenaan pendidikan dicerap daripada sumber majalah berbahasa Melayu sebagai sumber utama seperti Majalah Guru, Panduan Raayat, Sahabat dan Bintang Malaya. Di samping itu, sumber sekunder seperti buku dan artikel turut digunakan. Hasil kajian memperlihatkan guru-guru seharusnya mempunyai kreativiti dalam pengajaran di samping memiliki keperibadian yang baik. Malah, pihak kerajaan turut memberikan perhatian kepada isu berkaitan pendidikan dan berusaha membasmi masalah buta huruf dengan menggunakan siaran radio. Ringkasnya, perbincangan tentang stra..... 754 hits |