AbstractPandemik Covid-19 yang melanda negara mengakibatkan penutupan sekolah, kawasan rekreaksi, dan pembatalan pelbagai jenis program. Ini secara tidak langsung telah menghadkan pergerakan individu serta menghalang mereka untuk mencapai tahap aktiviti fizikal yang disyorkan. Justeru kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan pandemik COVID-19 terhadap penglibatan aktiviti fizikal dan aktiviti sedentari di kalangan pelajar. Seramai 442 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam kalangan pelajar yang bersekolah di sekolah menengah harian biasa di sekitar Kemaman, Terengganu, telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan borang soal selidik yang telah diubah suai daripada Global Physical Activity Questionnaire (GPAQ) versi Bahasa Melayu. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa corak aktiviti fizikal pelajar semasa penularan COVID-19 lebih tertumpu kepada aktiviti berintensiti sederhana, m=349.53, d.....