|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Wan Nurnabila Wan Muhamad Sabri |
| 1 | 2020 Thesis | Hubungan kesediaan pelajar dengan pencapaian Ekonomi 944 dalam pembelajaran sistem modular Tingkatan Enam Wan Nurnabila Wan Muhamad Sabri Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan elemen-elemen kesediaan pelajar iaitu sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran dengan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Ekonomi 944 dalam sistem modular Tingkatan 6. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Pemboleh ubah kajian dipilih berdasarkan model WIHIC (What Is Happening In This Class?) oleh Fraser, Mc Robbie dan Fisher yang terdiri daripada sikap, dorongan, penilaian dan persekitaran. Sikap dilihat daripada aspek koheren dan kerjasama manakala dorongan pula terdiri daripada aspek sokongan serta penglibatan. Penilaian pula terdiri daripada aspek kerja kursus, orientasi tugas dan ekuiti. Persekitaran pula merujuk kepada persekitaran kelas dan kemudahan asas di sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 282 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak berstrata daripada 616 pelajar Tingkatan Enam di 10 buah daerah di negeri Pahang. Penentuan saiz sampel berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie and Morgan. Instrumen kajian terdir..... 1817 hits |