|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Wan Nurul Wahidah Wan Lanang |
| 1 | 2021 Thesis | Mekanisme pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat di negeri Perak Wan Nurul Wahidah Wan Lanang Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis jenayah paling tinggi yang berlaku
dalam kalangan masyarakat di Perak. Seterusnya, menganalisis mekanisme pencegahan
jenayah yang sedia ada di Malaysia. Kemudian, menilai mekanisme pencegahan
jenayah dalam masyarakat di negara United Kingdom dan Jepun dan mencadangkan
penambahbaikan dalam usaha pencegahan jenayah. Kajian ini menggunakan kaedah
rentas disiplin yang merangkumi kriminologi dan sains sosial melalui pendekatan
kualitatif, iaitu kajian mendalam bagi menangani isu jenayah dalam kalangan
masyarakat di negeri Perak, iaitu meliputi kawasan bandar dan luar bandar di Ipoh dan
Taiping. Seramai 18 orang responden yang terdiri daripada pegawai PDRM, JPNIN,
JKM, MCPF dan masyarakat tempatan. Data dikumpul menggunakan kaedah
pemilihan keseluruhan sampel populasi bagi badan kerajaan, pertubuhan bukan
kerajaan serta masyarakat melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik
deskriptif. Secara keseluruhannya, jenayah ha..... 2205 hits |
| 2 | 2021 Article | Program pencegahan jenayah di Negeri Perak melalui peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat Wan Nurul Wahidah Wan Lanang Kejadian jenayah dalam kalangan masyarakat sangat membimbangkan. Justeru, program-program pencegahan jenayah dijalankan oleh badan-badan berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan rasa takut kepada jenayah atau “fear of crime” dalam diri masyarakat. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis program pencegahan jenayah dalam masyarakat yang dilaksanakan oleh PDRM di Negeri Perak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan rekabentuk kajian kes. Kawasan kajian ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar di Ipoh dan Taiping, dan seramai 18 orang informan yang terdiri daripada pegawai PDRM, JPNIN, JKM, MCPF dan masyarakat tempatan ditemu bual bagi mendapatkan data. Secara keseluruhannya, jenayah harta benda dilaporkan sebagai jenayah tertinggi dalam kalangan masyarakat di Perak iaitu sebanyak 2,330 kes yang direkodkan pada Januari hingga Jun 2016. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pelbagai inisiatif dalam mekanism..... 673 hits |