UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 5 |
Simplified search suggestions : Wan Zakiah Wan Zin |
1 | 2016 thesis | Analisis struktur populasi tikus sawah (Rattus Argentiventer) di kawasan sawah padi, Pinang tunggal,Pulau Pinang Zakiah Anis Ahmad Nawawi Kajian ini bertujuan untuk menganalisis struktur populasi Rattus argentiventer di kawasan sawah padi, Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Pemerangkapan dijalankan pada dua sesi berbeza. SPB telah dibangunkan dengan membina pagar plastik di sekeliling kawasan kajian dan lubang-lubang kecil telah dibuat sebagai laluan pintu masuk bagi Rattus argentiventer. Kaedah penyingkiran telah digunakan untuk menganggar saiz populasi. Struktur populasi telah ditentukan dengan mengukur, menimbang, menentukan jantina dan memeriksa kondisi badan Rattus argentiventer. Morfometri tengkorak telah dilaksanakan dengan mengukur parameter tengkorak manakala pengamplifikasian dan penjujukan DNA mitokondria Rantau Hipervariabel 1 telah dijalankan untuk menentukan bilangan haplotip. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan tikus yang diperangkap semasa sesi pemerangkapan adalah 110. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina di kedua-dua sesi dengan min nisbah Jantan/Betina adalah 3:1. Hasil kajian da..... 1073 hits |
2 | 2014 thesis | Kesukaran dan kefahaman matematik dalam menyelesaikan masalah nombor perpuluhan murid Tahun Lima Wan Zakiah Wan Zin Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan oleh murid Tahun Lima. Sampel kajian ini melibatkan enam pasangan murid Tahun Lima yang berpencapaian sederhana. Mereka telah dipilih secara persampelan bertujuan daripada sebuah sekolah di daerah Gua Musang. Instrumen yang digunakan ialah set Ujian Penyelesaian Masalah. Fokus kajian yang berlandaskan Konstruktivisme terhadap kefahaman murid daripada perspektif mereka sendiri. Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data secara menyuarakan-fikiran, pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Data dikumpul secara rakaman video dan audio. Kajian mendapati wujudnya kesukaran murid dalam penyelesaian masalah nombor perpuluhan yang melibatkan teori, kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran yang telah menggambarkan kefahaman murid yang sebenar. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran seharusnya tidak hanya memfokuskan kepada tahu menggunakan prosedur atau rumu..... 686 hits |
3 | 2003 conference_item | Peranan dan permasalahan Bahasa Melayu dalam memperkukuhkan peradaban melayu pada abad ke-21 Abdul Hamid Nor Zakiah, Mis Mohammed Azlan, Semenjak Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu) mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu memainkan peranan utama sebagai bahasa rasmi dalam segala urasan pentadbiran negara. Bukan itu sahaja, bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa perpaduan, iaitu bahasa komunikasi yang digunakan untuk berhubung di antara mdividu pelbagai kaum di Malaysia. Peranan bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik bukan sahaja di Semenanjung Malaysia, malah juga di Sabah dan Sarawak. Selang beberapa tahun kemudian apabila bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan dalam Akta Pelajaran 1961, kedudukan bahasa Melayu menjadi semakin mantap. Bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara yang melibatkan pendidikan di semua peringkat ..... 2966 hits |
4 | 2017 thesis | Kesan modul bimbingan kelompok Choice Theory Reality Therapy terhadap amalan kepemimpinan murid sekolah berasrama penuh Zakiah Shafiee Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice Theory Reality Therapy (MBKCTRT) terhadap Amalan Kepemimpinan Murid Sekolah Berasrama Penuh (AKMSBP) berdasarkan sub-sub konstruk AKMSBP, jantina dan jenis sekolah. Selain itu, kesan MBKCTRT juga dinilai berdasarkan maklum balas daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi (ujian pra dan ujian pos) yang melibatkan 192 subjek kajian yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara teknik pensampelan rawak berpadanan. Lokasi kajian yang terlibat adalah SBP Premier, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Sekolah Menengah Sains (SMS). Data ujian pra dan ujian pos diukur menggunakan Inventori Amalan Kepemimpinan Murid yang disesuaikan daripada Kouzes dan Posner. Inventori ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif berdasarkan perbandingan mi..... 419 hits |
5 | 2023 thesis | Perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku melalui aktiviti renang berstruktur Zakiah Md Yusof Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aktiviti renang berstruktur terhadap
perkembangan kanak-kanak autistik dalam kemahiran komunikasi, interaksi sosial dan
tingkah laku. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan
untuk menjawab tiga persoalan kajian. Tiga instrumen digunakan iaitu analisis
dokumen, temu bual separa berstruktur dan pemerhatian separa berstruktur untuk
memperoleh maklumat perkembangan subjek yang terlibat. Seramai empat orang
kanak-kanak autistik yang terdiri daripada autistik berat, autistik sederhana dan autistik
ringan dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Data dianalisis menggunakan
kaedah analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam
kemahiran komunikasi (ekspresi wajah dan respons), peningkatan minimum dalam
interaksi sosial (kontak mata, pergaulan rakan sebaya) dan penurunan tingkah laku
agresif serta penurunan kekerapan tingkah laku berulang. Kesimpulannya, kajian ini
menunjukkan bahaw..... 317 hits |