UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Wee Fhei Shiang
12018
thesis
Perubahan guna tanah dan kualiti air bekas lombong di Bandaraya Ipoh, Perak
Wee, Fhei Shiang
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti impak guna tanah terhadap status kualiti air tasik bekas lombong di Ipoh yang melibatkan tiga buah tasik iaitu Tasik Lahat, Tasik Kampung Temiang dan Tasik Kampung Tengku Hussein. Analisis perubahan guna tanah sebahagian Bandaraya Ipoh melibatkan tahun 1974, 1984, 1997, 2000 dan 2004. Kajian ini menggunakan kaedah analisis pemetaan dan pencerapan kualiti air selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diuji merangkumi BOD, COD, DO, NH3N, pH, SS, E. coli dan juga logam berat As, Cu, Pb dan Zn. Parameter ini turut dibandingkan dengan piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya dipadankan dengan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) bagi menentukan kesesuaian pembangunan tasik. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang melibatkan teknik tindihan peta, buffer dan topologi digunakan bagi mengenal pasti perubahan guna tanah lombong. Dapatan analisis mendapati wujudnya pengurangan k.....

579 hits

22018
article
Tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah untuk aktiviti rekreasi air di bandaraya Ipoh, Perak
Wee, Fhei Shiang
Kajian tahap kualiti air tasik bekas lombong bijih timah bagi aktiviti rekreasi telah dilakukan di Ipoh yang melibatkan lima buah tasik iaitu di Gunung Lang, Taman Indah, Kampung Temiang, Lahat dan Kampung Tengku Hussein. Pemonitoran sampel air telah dilakukan selama 12 bulan bermula September 2015 hingga Ogos 2016. Parameter kualiti air yang diukur ialah pH, oksigen terlarut (DO), pepejal terampai (SS), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), nitrogen ammonia (NH3N), E. coli dan logam berat plumbum (Pb), kuprum (Cu), zink (Zn) dan arsenik (As). Parameter kualiti air ini seterusnya dianalisis menggunakan Indeks Kualiti Air (IKA) daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Dapatan kajian menunjukkan kesemua tasik kajian sesuai dibangunkan aktiviti rekreasi air kerana majoriti bulan cerapan berada pada Kelas II. Nilai IKA secara keseluruhan adalah antara 76-92 peratus (Lahat), 71-86 peratus (Kampung Temiang), 67-90 peratus (Kampung Tengku Hussein), 77-85 peratus.....

424 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.