UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

Simplified search suggestions : Wong Shia Ho
1
Abstract
Kertas kajian ini memperlihatkan percanggahan pendapat yang berlaku dalam bahan rujukan Bahasa Melayu. Percanggahan pendapat tentang sesuatu aspek tatabahasa ditonjolkan melalui perbandingan maklumat dalam bahan rujukan itu sendiri atau dengan bahan rujukan lain. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan bagi mendedahkan fenomena yang diterokai. Analisis kandungan dilakukan terhadap bahan rujukan yang dipilih berdasarkan kedekatan dan kredibilitinya sebagai bahan rujukan kepada pengguna bahasa. Hasil kajian mendapati bahawa percanggahan pendapat tentang tatabahasa bukan sahaja berlaku antara bahan rujukan yang berlainan malah percanggahan juga berlaku dalam bahan rujukan itu sendiri. Selain itu, kertas ini juga memperlihatkan kesan percanggahan tersebut kepada pengguna bahasa melalui kaedah tinjauan terhadap 23 orang guru di sekolah tentang penggunaan kata bantu dalam ayat. Bagi menghadapi percanggahan pendapat ini, pelbagai pandangan dikemukakan agar keseragaman dan ketepatan maklu.....
Article Published 2018 1198 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan “Teknik Jalinan Cerita” dalam usaha membantu pelajar menguasai dan mengingati 15 kata majmuk bentuk mantap bahasa Melayu. Kajian ini juga untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran saya ketika mengajarkan topik kata majmuk. Selain diri saya, peserta kajian terdiri daripada 38 orang pelajar semester satu berpengkhususan bahasa Melayu di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Data kajian dikumpul melalui lembaran kerja dan soal selidik. Penyemakan data dilakukan melalui triangulasi antara kaedah, sumber dan masa. Hasil analisis data mendapati bahawa “Teknik Jalinan Cerita” dapat membantu pelajar menguasai kata majmuk bentuk mantap selain menambah baik amalan pengajaran danpembelajaran guru. Walau bagaimanapun, mereka lupa akan kata majmuk tersebut apabila diuji setelah tiga bulan. Oleh itu, kajian ini bercadang untuk memasukkan elemen latih tubi terhadap “Teknik Jalinan Cerita” ini pada masa akan datang ke.....
Article Published 2019 728 hits Available
3
Abstract
Pemilihan sesuatu ungkapan dalam penulisan lirik lagu memerlukan pemikiran yang tajam daripada penulis kerana fungsi lagu bukanlah semata-mata untuk hiburan tetapi terkandungnya falsafah dan pemikirannya untuk disampaikan kepada pendengar. Kajian ini menghuraikan makna dan akal budi penulis melalui unsur perlambangan yang digunakannya dalam lirik lagu “Ji Pa Ban” —?? (Seratus Juta). Dua data yang mengandungi unsur perlambangan tentang kemewahan yang ingin dinikmati oleh penulis jika menjadi jutawan dipilih untuk dianalisis. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan pendekatan semantik inkuisitif yang diasaskan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Hasil kajian ini mendapati bahawa penggunaan kata-kata tertentu dalam unsur perlambangan dilakukan dengan bijaksana oleh penulis. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan gandingan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna secara mendalam sehingga akal budi penulis terserlah melalui penggunaan bahas.....
Article Published 2020 2303 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.