AbstractKajian ini bertujuan untuk membangun dan menguji modul pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu Elektif (KBME) yang digunakan di Universiti Thaksin, Thailand. Model ASSURE (Analiyze learners, State objective, Select instructional method, media and materials, Utilize media and materials, Require learner participation and Evaluate and revise) digunakan bagi pembangunan model, manakala pendekatan pengajaran bahasa secara kontekstual (Contexualized Language Instruction: CLI) digunakan untuk merancang aktiviti dalam setiap modul. Kajian ini dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa 1: Analisis keperluan, Fasa 2: Reka bentuk dan pembangunan modul, dan Fasa 3: Dua orang pakar, empat orang pensyarah dan lima orang pelajar dilibatkan dalam fasa 2. Seramai 40 orang pelajar dan seorang pensyarah dilibatkan dalam fasa 3. Ujian Penguasaan Bahasa Melayu (UPBM), Borang Penilaian Modul (BPM), komen bersemuka, dan protokol temu bual digunakan sebagai instrumen kajian Dapatan kajian mendapati bah.....