| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
            
  | 
| Total records found : 5 | 
| Simplified search suggestions : Yang Chen | 
| 1 | 2018 Article  |  Kepentingan Huiguan (persatuan Cina) terhadap orang Cina Bentong semasa zaman kolonial British  Yang, Chen Tujuan artikel ini bertujuan meneliti kepentingan dan peranan huiguan dalam komuniti Cina semasa pentadbiran British. Artikel ini berfokus kepada huiguan yang ditubuhkan sebelum tahun 1957 dan peranan huiguan tersebut terhadap orang Cina Bentong. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian ini dilakukan berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder daripada laporan tahunan dan manuskrip persatuan, buku, jurnal, serta majalah terbitan huiguan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Persatuan Dewan Perniagaan Cina Bentong, Persatuan Kwangsi Bentong dan Persatuan Dewan Perhimpunan Cina ialah huiguan yang paling awal ditubuhkan dan berpengaruh dalam komuniti Cina Bentong. Penubuhan Huiguan tersebut memainkan peranan penting dalam menyediakan kebajikan dan bantuan kepada anggota seperti menyediakan tempat penginapan sementara memberi peluang pekerjaan, menguruskan hal perkahwinan dan pengebumian ahli, mengadakan aktiviti tradisi, adat resam dan kepercayaan orang antara ..... 711 hits  | 
| 2 | 2019 Thesis  |  Peranan dan sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan sosioekonomi di Bentong, 1897-1948 Yang, Yee Chen Kajian  ini  bertujuan  mengenal  pasti  peranan  dan  sumbangan  komuniti  Cina  dalam
pembangunan sosioekonomi di Bentong dari tahun 1897 hingga 1948. Komuniti Cina di  Bentong  telah  
menjalankan  kegiatan   ekonomi   yang  merupakan   asas  kepada penerokaan dan pembangunan Bentong 
pada zaman kolonial British. Komuniti Cina juga  berperanan  penting  dalam  menyumbang  kepada  
pembangunan  sosial  Bentong sehingga  menjadikan  Bentong  sebagai  tarikan  kepada  kemasukan  
dan  pertambahan komuniti  Cina.  Pendekatan  kualitatif  dengan  reka  bentuk  analisis  dokumen  
dan manuskrip  telah  digunakan  dalam  kajian  ini  yang  memperoleh  sumber  utama  dari Arkib  
Negara  Malaysia  dengan  merujuk  fail-fail  kolonial  British  seperti  Pahang Annual Report, 
District Office Files, Secretariat Files of Pahang dan fail-fail kerajaan Pahang manakala sumber 
sekunder pula adalah dikumpul daripada..... 3013 hits  | 
| 3 | 2019 Thesis  |  Burnout dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru Tadika Nurul Fatihah Setapa Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  hubungan  antara  burnout  dengan  kepuasan kerja dalam 
kalangan guru Tadika Islam,Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk   melihat   tiga   
aspek   dalam   burnout   iaitu   keletihan   emosi,   gangguan keperibadian kendiri dan pencapaian 
peribadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauan 
deskriptif. Seramai 118 orang guru Tadika  Islam,  Perak  dipilih  secara  rawak  untuk  dijadikan  
sampel  bagi  kajian  ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Maslach burnout inventory 
(MBI-ES) di sediakan  oleh  Fatima  Eid  Zaid  dan  Majed  Mohammad  (2017)  digunakan  untuk 
mengukur tahap burnout guru Tadika Islam,Perak dan satu set soal selidik Teacher Job Satisfaction 
Questionnaire (TJSQ) disediakan oleh Cheng dan Chen (2011) di gunakan  bagi  mengukur  kepuasan  
kerja  dalam  kalangan  guru.  Data  kajianÂ..... 2886 hits  | 
| 4 | 2021 Article  |  Pembinaan Model Pendidikan Pembangunan Lestari untuk program pengajian Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris Lim, Chen Kim Artikel ini membincangkan pembinaan model pendidikan pembangunan lestari (SD) bagi program pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) di UPSI. Pembinaan model pendidikan SD ini menggunakan dua jenis integrasi pendidikan SD iaitu integrasi mendatar dan integrasi menegak melalui pendekatan yang menjadikan SD sebagai satu kursus merentasi displin dalam usaha memperkenalkannya ke dalam program yang ada. Pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pendidikan SD adalah konstruktism yang berkonsepkan pembelajaran melalui perlakuan beserta kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Bagi pendekatan organisasi pula, pembinaan model pendidikan SD menggunakan kaedah gabungan antara pendekatan atas-bawah dengan pendekatan bawah-atas untuk menjadikan sistem pengurusan program pengajian pendidikan SD dapat berkembang secara sistematik. Pembinaan model pendidikan SD adalah berdasarkan proses mengenalpasti komponen, mengenalpasti kompetensi, menyatakan kompetensi, menganalisis kurikulum, menginte..... 638 hits  | 
| 5 | 2023 Thesis  |  Analisis prinsip-prinsip pembinaan bahan pengajaran dalam buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tahun satu Fam, Choo Chen Kajian ini bertujuan untuk menganalisis buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Tahun Satu dari perspektif prinsip pembinaan bahan pengajaran
Bahasa Cina, merumuskan ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan buku teks Bahasa Cina
serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi buku teks tersebut. Reka bentuk
kajian gabungan digunakan dalam kajian ini di mana data kualitatif dan data kuantitatif
dikumpul untuk menjawab tiga persoalan kajian. Kaedah analisis kandungan dokumen
merupakan kaedah utama dalam kajian ini, soal selidik dan temu bual semi struktur
turut dijalankan untuk mengukuhkan dan memantapkan dapatan kajian. Data kualitatif
telah dianalisis dengan proses pengekodan, manakala data kuantitatif dianalisis secara
deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan buku teks Bahasa Cina
SJKC Tahun Satu menonjolkan prinsip tujuan dan prinsip sasaran yang ketara, prinsip
kepraktisan dan prinsip saintifik pada tahap sederhana, manakala prinsip keserasian dan
..... 933 hits  |