UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 5 |
Simplified search suggestions : Yang Yee Chen |
1 | 2018 article | Kepentingan Huiguan (persatuan Cina) terhadap orang Cina Bentong semasa zaman kolonial British Yang, Chen Tujuan artikel ini bertujuan meneliti kepentingan dan peranan huiguan dalam komuniti Cina semasa pentadbiran British. Artikel ini berfokus kepada huiguan yang ditubuhkan sebelum tahun 1957 dan peranan huiguan tersebut terhadap orang Cina Bentong. Kaedah kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian ini dilakukan berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder daripada laporan tahunan dan manuskrip persatuan, buku, jurnal, serta majalah terbitan huiguan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa Persatuan Dewan Perniagaan Cina Bentong, Persatuan Kwangsi Bentong dan Persatuan Dewan Perhimpunan Cina ialah huiguan yang paling awal ditubuhkan dan berpengaruh dalam komuniti Cina Bentong. Penubuhan Huiguan tersebut memainkan peranan penting dalam menyediakan kebajikan dan bantuan kepada anggota seperti menyediakan tempat penginapan sementara memberi peluang pekerjaan, menguruskan hal perkahwinan dan pengebumian ahli, mengadakan aktiviti tradisi, adat resam dan kepercayaan orang antara ..... 408 hits |
2 | 2019 thesis | Peranan dan sumbangan komuniti Cina dalam pembangunan sosioekonomi di Bentong, 1897-1948 Yang, Yee Chen Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan dan sumbangan komuniti Cina dalam
pembangunan sosioekonomi di Bentong dari tahun 1897 hingga 1948. Komuniti Cina di Bentong telah Â
menjalankan kegiatan  ekonomi  yang merupakan  asas kepada penerokaan dan pembangunan BentongÂ
pada zaman kolonial British. Komuniti Cina juga berperanan penting dalam menyumbang kepada Â
pembangunan sosial Bentong sehingga menjadikan Bentong sebagai tarikan kepada kemasukan Â
dan pertambahan komuniti Cina. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen Â
dan manuskrip telah digunakan dalam kajian ini yang memperoleh sumber utama dari Arkib Â
Negara Malaysia dengan merujuk fail-fail kolonial British seperti Pahang Annual Report,Â
District Office Files, Secretariat Files of Pahang dan fail-fail kerajaan Pahang manakala sumberÂ
sekunder pula adalah dikumpul daripada..... 1821 hits |
3 | 2019 thesis | Burnout dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru Tadika Nurul Fatihah Setapa Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara burnout dengan kepuasan kerja dalamÂ
kalangan guru Tadika Islam,Perak. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk  melihat  tiga Â
aspek  dalam  burnout  iaitu  keletihan  emosi,  gangguan keperibadian kendiri dan pencapaianÂ
peribadi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan reka bentuk tinjauanÂ
deskriptif. Seramai 118 orang guru Tadika Islam, Perak dipilih secara rawak untuk dijadikan Â
sampel bagi kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada Maslach burnout inventoryÂ
(MBI-ES) di sediakan oleh Fatima Eid Zaid dan Majed Mohammad (2017) digunakan untukÂ
mengukur tahap burnout guru Tadika Islam,Perak dan satu set soal selidik Teacher Job SatisfactionÂ
Questionnaire (TJSQ) disediakan oleh Cheng dan Chen (2011) di gunakan bagi mengukur kepuasan Â
kerja dalam kalangan guru. Data kajianÂ..... 2115 hits |
4 | 2021 article | Pembinaan Model Pendidikan Pembangunan Lestari untuk program pengajian Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris Lim, Chen Kim Artikel ini membincangkan pembinaan model pendidikan pembangunan lestari (SD) bagi program pengajian Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Maklumat) di UPSI. Pembinaan model pendidikan SD ini menggunakan dua jenis integrasi pendidikan SD iaitu integrasi mendatar dan integrasi menegak melalui pendekatan yang menjadikan SD sebagai satu kursus merentasi displin dalam usaha memperkenalkannya ke dalam program yang ada. Pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pendidikan SD adalah konstruktism yang berkonsepkan pembelajaran melalui perlakuan beserta kaedah pembelajaran berasaskan masalah. Bagi pendekatan organisasi pula, pembinaan model pendidikan SD menggunakan kaedah gabungan antara pendekatan atas-bawah dengan pendekatan bawah-atas untuk menjadikan sistem pengurusan program pengajian pendidikan SD dapat berkembang secara sistematik. Pembinaan model pendidikan SD adalah berdasarkan proses mengenalpasti komponen, mengenalpasti kompetensi, menyatakan kompetensi, menganalisis kurikulum, menginte..... 288 hits |
5 | 2023 thesis | Analisis prinsip-prinsip pembinaan bahan pengajaran dalam buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tahun satu Fam, Choo Chen Kajian ini bertujuan untuk menganalisis buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Tahun Satu dari perspektif prinsip pembinaan bahan pengajaran
Bahasa Cina, merumuskan ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan buku teks Bahasa Cina
serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi buku teks tersebut. Reka bentuk
kajian gabungan digunakan dalam kajian ini di mana data kualitatif dan data kuantitatif
dikumpul untuk menjawab tiga persoalan kajian. Kaedah analisis kandungan dokumen
merupakan kaedah utama dalam kajian ini, soal selidik dan temu bual semi struktur
turut dijalankan untuk mengukuhkan dan memantapkan dapatan kajian. Data kualitatif
telah dianalisis dengan proses pengekodan, manakala data kuantitatif dianalisis secara
deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan buku teks Bahasa Cina
SJKC Tahun Satu menonjolkan prinsip tujuan dan prinsip sasaran yang ketara, prinsip
kepraktisan dan prinsip saintifik pada tahap sederhana, manakala prinsip keserasian dan
..... 288 hits |