UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Yip Chan Ling
1
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Ini merupakan satu kajian penerokaan yang melibatkan pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada dokumen program PAKK dan soal selidik. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan “target population” yang melibatkan 230 orang graduan ISMP (PAKK) Sesi 2013 dan 2014 dan pelajar semester 8 (Sesi 1 2011/2012). Statistik deskriptif (peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program PAKK ke arah kemahiran abad ke-21 adalah rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara a.....
Thesis Published 2017 3561 hits Available
2
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengesah model struktur sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tekanan teknologi dalam kalangan guru tadika di Selangor. Pendekatan kuantitatif bersama reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melibatkan 739 orang guru tadika di Selangor. Analisis Structural Equation Modelling (SEM) digunakan untuk menguji model, menganalisis faktor pengesahan dan menganalisis kesepadanan dan mengesahkan model. Soal selidik sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer dan tekanan teknologi serta PTPK digunakan. Dapatan analisis faktor pengesahan menunjukkan model sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, PTPK dan tekanan teknologi berjaya mencapai indeks kesepadanan (RMSEA=0.049, CFI= 0.981, PGFI=0.656). Dapatan menunjukkan sokongan sekolah mempunyai hubungan negatif terhadap tekanan teknologi dan signifikan (_= -0.274, P=0.000); sokongan sekolah mempunyai hubungan positif terhadap PTPK dan signifi.....
Thesis Published 2025 91 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.