AbstractTujuan utama kajian ini ialah untuk mengesah model struktur sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dan tekanan teknologi dalam kalangan guru tadika di Selangor. Pendekatan kuantitatif bersama reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melibatkan 739 orang guru tadika di Selangor. Analisis Structural Equation Modelling (SEM) digunakan untuk menguji model, menganalisis faktor pengesahan dan menganalisis kesepadanan dan mengesahkan model. Soal selidik sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer dan tekanan teknologi serta PTPK digunakan. Dapatan analisis faktor pengesahan menunjukkan model sokongan sekolah, efikasi kendiri komputer, PTPK dan tekanan teknologi berjaya mencapai indeks kesepadanan (RMSEA=0.049, CFI= 0.981, PGFI=0.656). Dapatan menunjukkan sokongan sekolah mempunyai hubungan negatif terhadap tekanan teknologi dan signifikan (_= -0.274, P=0.000); sokongan sekolah mempunyai hubungan positif terhadap PTPK dan signifi.....