UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Zahari Suppian
12016
Article
Analisis darjah kesahan dan kebolehpercayaan instrumen sikap guru pelatih terhadap pentaksiran pendidikan
Suppian Zahari, Ahmad Jamil,
Kajian ini dijalankan untuk menganalisis darjah kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk mengukur sikap guru pelatih terhadap aspek pentaksiran pendidikan. Seramai 462 orang guru pelatih tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di sebuah Universiti Awam di Malaysia telah dipilih untuk menjawab instrumen ini. Dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) menyokong empat dimensi sikap terhadap pentaksiran seperti yang telah dikonsepsikan terhadap instrumen ini. Sementara itu, kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen yang dibina juga adalah tinggi dengan nilai pekali Cronbach Alpha melebihi 0.9. Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa instrumen yang dibina memiliki darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang memuaskan untuk mengukur sikap guru pelatih terhadap pentaksiran pendidikan...

2208 hits

22018
Thesis
Pembinaan instrumen kompetensi guru pelatih dalam pentaksiran bilik darjah
Zahari Suppian
 Kajian  ini  dijalankan  untuk  membina  instrumen  mengukur  tahap  kompetensi  guru pelatih   dalam  pentaksiran  bilik  darjah.  Proses  pembinaan  instrumen  melibatkan  lima fasa, iaitu  pembentukan konsep, pembinaan item, pengujian item, penganalisisan item, dan  penentuan  profil.   Pada fasa pembentukan  konsep,  pengkaji  menganalisis  kajian­ kajian lepas berkaitan  kompetensi   PBD dan menjalankan  temu bual pakar. Hasilnya, kompetensi    guru   pelatih   dalam   PBD    dikonsepsikan    terdiri   daripada   konstruk pengetahuan,   kemahiran,   dan   sikap   terhadap    PBD.   Pada   fasa   pembinaan   item, sebanyak  183  item  berskala  jenis  Likert  5 mata  telah   dibina.  Berdasarkan  cadangan pakar,  sebanyak  63  item  digugurkan  dan  lima  item  ditambah   menjadikan  jumlah keseluruhan item menjadi 125. Analisis Cohen Kappa menunjukkan wujud konsistensi  persetujuan.....

2841 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.