UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Zahora Ahyan
1
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan blended learning bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dalam Pendidikan Jasmani Tingkatan Empat. Kajian dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Platform Google Forms digunakan untuk mengedarkan borang soal selidik kajian. Instrumen kajian telah disebar luas secara rawak secara dalam talian melalui aplikasi Telegram dan Whatsapp. Seramai 64 orang guru Pendidikan Jasmani yang mengajar tingkatan empat telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati 92.2% guru menyatakan persetujuan bahawa pendekatan blended learning bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dapat menarik minat murid. Kajian juga melaporkan 96.9% guru bersetuju dengan penggunaan bahan interaktif dan infografik dapat menarik minat murid. Kesukaran yang dinyatakan oleh guru bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan adalah murid kurang pengetahuan.....
Article Published 2023 1126 hits Available
2
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk membina dan menguji keberkesanan modul Mobile Camp berasaskan pembelajaran teradun bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dalam Pendidikan Jasmani. Penyelidikan ini juga menentukan tahap pencapaian dan melihat perbandingan antara kumpulan kajian. Reka bentuk kajian adalah kuasi eksperimen pra ujian dan pasca ujian yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Sekolah bandar adalah terdiri daripada 33 orang murid bagi kumpulan rawatan dan 30 orang murid bagi kumpulan kawalan. Manakala sekolah luar bandar pula melibatkan 32 orang murid bagi kumpulan rawatan dan 30 orang murid bagi kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan pendekatan modul berasaskan pembelajaran teradun. Kumpulan kawalan pula menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Kajian ini mendapati nilai kesahan dan kebolehpercayaan modul adalah tinggi. Dapatan kajian menunjukkan sampel kumpulan rawatan memperoleh tahap pencapaian Band 5 dari aspek kognitif diikuti Band 6.....
Thesis Published 2024 835 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.