AbstractKajian ini bertujuan untuk membincangkan keunggulan seorang tokoh pengarang drama iaitu Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana. Sumbangan beliau terhadap penulisan cerpen, pelopor absurdisme, pencipta teori sastera, pengembang teori moden dan pascamoden serta pelopor dalam kajian drama dan teater. Pendekatan kajian ini dilakukan untuk melihat proses kreatif beliau serta membincangkan aspek keunggulan dalam kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif terhadap sembilan buah drama beliau yang terpilih iaitu drama “Ihsan”, “Tanah di Hujung Bendang”, “Pengadilan”, “Hikmah”, “Mustaqima”, “Apa-Apa”, “Di Hujung Taming Sari”, “Pasir-Pasir di Pasir Salak” dan “Air Mata Naning”. Data yang dianalisis dibincangkan secara deskriptif menggunakan konsep Teksdealisme. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian telah dijadikan kri.....