UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Zainaba Omar
12020
Article
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan tugasan meningkatkan motivasi dan keyakinan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah
Zainaba Omar
Tinjauan yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Singapura menunjukkan peningkatan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid darjah satu di rumah berlaku dalam kalangan keluarga Melayu daripada 18 peratus pada tahun 1999 kepada 67 peratus pada tahun 2019. Hal ini menyebabkan murid kurang atau tidak mendapat pendedahan kepada persekitaran yang sesuai untuk bertutur bahasa Melayu justeru tidak dapat bertutur bahasa Melayu dengan fasih. Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan (PPBT) yang diubahsuai daripada model PPBT Ellis dan Model PPBT Willis untuk meningkatkan motivasi murid belajar dan bertutur bahasa Melayu di sekolah. Melalui tugasan yang menjadi elemen utama PPBT, murid akan berpeluang menggunakan bahasa Melayu secara aktif. Kajian tinjauan ini menggunakan seramai 30 orang murid daripada sebuah sekolah rendah.  Mereka telah diajar dengan menggunakan kaedah PPBT yang diubahsuai ini selama lima minggu. Instrumen ya.....

737 hits

22021
Thesis
Kesan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan (PPBT) terhadap pertuturan Bahasa Melayu murid sekolah rendah di Singapura
Zainaba Omar
Kajian ini mengetengahkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Tugasan (PPBT) bagi merangsang murid-murid yang terdiri daripada penutur natif Melayu untuk bertutur bahasa Melayu. Dasar kedwibahasaan di Singapura yang menekankan pembelajaran bahasa Inggeris dan satu bahasa ibunda menyebabkan murid-murid yang mengambil bahasa Melayu tidak berupaya bertutur bahasa Melayu. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka keberkesanan PPBT untuk mengajar kemahiran bertutur bahasa Melayu. Kaedah kuasi eksperimen digunakan bagi mengkaji keberkesanan PPBT untuk mengajar kemahiran bertutur kepada murid sekolah rendah di Singapura. Kajian ini melibatkan murid darjah lima dari dua buah sekolah yang berbeza. Sebuah sekolah dengan murid seramai 30 murid menjadi kumpulan rawatan manakala sebuah sekolah lagi dengan 22 murid sebagai kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan PPBT dan kumpulan kawalan menggunakan pendekatan konvensional. Ujian pra dijalankan sebelum kumpulan rawatan men.....

2429 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.