|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Zaki Ismail |
| 1 | 2017 Thesis | Amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru pendidikan Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina negeri Perak Zaki Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran bidang ibadah dalam kalangan guru dan penguasaan ibadah dalam kalangan murid-murid Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) negeri Perak. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru dan 85 orang murid dari 10 buah SJKC di negeri Perak. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik kepada guru dan murid serta satu set ujian yang dijalankan kepada murid-murid Islam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Analisis data dalam kajian ini menggunakan kekerapan, peratus, min, ujian-t, ANOVA dan ujian korelasi Spearman. Pengumpulan data maklumat yang dikaji diperoleh melalui soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru berdasarkan persepsi guru dan murid berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala penguasaan bidang ibadah murid berada pada tahap sederhana rendah. Ujian t dan ANOVA pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di ant..... 2906 hits |
| 2 | 2010 Thesis | Modul Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Rebana Ubi Mohd Zaki Ismail Laporan projek pembangunan ‘Modul Pengajaran Elemen Irama Melalui Permainan Rebana’ ini disediakan untuk memenuhi keperluan kursus SPM 6006 dalam Program Sarjana Pendidikan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penghasilan produk ini adalah bertujuan untuk membantu dan menyediakan pilihan bahan pengajaran kepada sekolah-sekolah yang sedang melaksanakan Kurikulum Pendidikan Muzik KBSM. Produk ini disediakan khusus untuk guru-guru muzik yang ingin mempelbagaikan bahan pengajaran elemen irama dan tidak hanya bergantung kepada alat-alat moden yang dibekalkan sahaja. Dalam pada itu penghasilan produk ini akan dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Produk ini dibangunkan dengan berpandukan struktur buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian produk yang dihasilkan, temu bual telah dijalankan dengan 3 orang guru muzik yang masing-masing mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun. Dapatan daripada temu bual menunjukkan bahawa semua responden bersependapat dan berse..... 200 hits |