UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Zakiah Shafiee
1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan Modul Bimbingan Kelompok Choice Theory Reality Therapy (MBKCTRT) terhadap Amalan Kepemimpinan Murid Sekolah Berasrama Penuh (AKMSBP) berdasarkan sub-sub konstruk AKMSBP, jantina dan jenis sekolah. Selain itu, kesan MBKCTRT juga dinilai berdasarkan maklum balas daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dan subjek kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi (ujian pra dan ujian pos) yang melibatkan 192 subjek kajian yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara teknik pensampelan rawak berpadanan. Lokasi kajian yang terlibat adalah SBP Premier, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Sekolah Menengah Sains (SMS). Data ujian pra dan ujian pos diukur menggunakan Inventori Amalan Kepemimpinan Murid yang disesuaikan daripada Kouzes dan Posner. Inventori ini mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Data kuantitatif dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif berdasarkan perbandingan mi.....
Thesis Published 2017 785 hits Limited

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.