UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Zuhaili Mohd Arshad |
1 | 2017 thesis | Hubungan antara beban tugas dengan efikasi diri dan kepuasan kerja pensyarah di Kolej Vokasional Zuhaili Mohd Arshad Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara beban tugas, efikasi diri dan kepuasan kerja pensyarah kolej vokasional. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi 60 item berskala Likert dan enam item terbuka. Sebanyak 373 orang pensyarah vokasional daripada 11 buah kolej vokasional telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata mengikut zon. Sebanyak 20 hipotesis nol telah diuji pada aras signifikan 0.05 menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala, ujian korelasi Pearson dan ujian regresi linear berganda. Dapatan kajian mendapati beban tugas pensyarah kolej vokasional berada pada tahap yang tinggi, efikasi diri juga berada pada tahap yang tinggi namun kepuasan kerja pensyarah pada tahap yang sederhana. Berdasarkan analisis korelasi, didapati beban tugas mempunyai hubungan yang signifikan tetapi negatif dengan efikasi diri (r = -0.196) dan kepuasan kerja (r = -0.358). Wala..... 946 hits |