UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Zuhana Amatol Akrma Hapipi
1
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi meneliti iklan-iklan televisyen terbitan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), mengenal pasti iklan-iklan televisyen yang mengandungi nilai mumi berdasarkan 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dan menghuraikan makna nilai mumi berdasarkan Teori Relevans (TR). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan terhadap iklan televisyen dari tahun 2009 hingga 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 45 iklan televisyen yang telah diterbitkan. Daripada 45 iklan tersebut, terdapat 10 iklan yang menerapkan 10 nilai mumi daripada 16 nilai mumi yang dikemukakan oleh KPM (1994) sebagai panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu. Didapati bahawa kebanyakan iklan menyampaikan makna nilai mumi dengan jelas dan relevan. Pengaplikasian TR berjaya merungkai ujaran eksplikatur dan.....
Thesis Published 2014 1552 hits Available
2
Abstract
Kajian ini dilakukan bagi meneliti nilai murni dalam iklan televisyen terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berdasarkan amalan 16 nilai murni yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994) dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu memilih 10 iklan televisyen terbitan KKMM dari tahun 2008 hingga 2012 dalam menjayakan Kempen Budi Bahasa dan Amalan Nilai Murni kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kaedah analisis kandungan yang digunakan menunjukkan bahawa terdapat sepuluh nilai murni daripada 16 nilai murni yang dikemukakan oleh KPM (1994) dalam pengajaran bahasa Melayu. Antaranya ialah baik hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kerajinan, kerjasama, rasional, kejujuran dan kesyukuran, kasih sayang serta semangat bermasyarakat. Sementara nilai murni yang tidak dikemukakan ialah kasih sayang, kebebasan, keberanian, keadilan, kesederhanaan dan berdikari serta kebersihan fizikal dan mental. Didapati ni.....
Article Published 2013 5 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.