AbstractBahan sokongan pembelajaran atau alat bantu mengajar merupakan antara elemen tambahan yang penting
dalam membantu guru merealisasikan hasrat sesuatu kurikulum. Kajian ini bertujuan membangunkan satu
aplikasi peranti mudah alih iPad yang diberi nama "Digital Gamelan" sebagai bahan bantu mengajar
(BBM) dan pengayaan bagi pengajaran dan pembelajaran Bidang Ensembel Muzik (Gamelan Melayu) untuk
pelajar Tingkatan 1. Objektif kajian ini pula adalah untuk (a) mengenal pasti kandungan aplikasi
"Digital Gamelan" yang bersesuaian dengan pelajar Tingkatan 1 (Permulaan), (b) mereka bentuk
aplikasi "Digital Gamelann untuk pelajar Tingkatan 1 (Permulaan) dan (c) menilai kebolehgunaan
aplikasi "Digital Gamelann untuk pelajar Tingkatan 1 (Permulaan). Model reka bentuk instruktional
multimedia ADDIE (m-ADDIE) telah digunakan sebagai model pembangunan aplikasi ini. Penyelidik
memulakan kajian Peringkat Satu (Analisis) dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melaluiÂ.....