AbstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepimpinan transformasional guru besar
terhadap pembangunan profesional guru prasekolah kebangsaan di negeri Perak. Kajian
ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif.
Sampel kajian yag dipilih adalah seramai 260 orang guru prasekolah kebangsaan dari
808 orang guru prasekolah dari seluruh negeri Perak. Kaedah pengumpulan data bagi
kajian ini adalah dengan menggunakan soal selidik. Instrumen kajian ini telah
diadaptasi daripada Leadership Practice Inventory (LPI) dan Model Readiness,
Planning, Training, Implementation and Maintenance (RPTIM). Hasil dapatan
menunjukkan tahap kepimpinan transformansional guru besar (min = 3.96) dan tahap
pembangunan profesional guru prasekolah (min = 4.00) berada di tahap yang tinggi.
Analisis Anova sehala menunjukkan tidak terdapat kesan utama antara faktor tahap
pendidikan guru: F (3,256) = .331, p = .80) dan faktor tempoh perkhidmatan guru: F
(3,356) = .1.96,.....