UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nelfianty binti Mohd Rasyid |
1 | 2019 article | Pembentukan Instrumen Motif Penglibatan remaja dalam sukan Nelfianty binti Mohd Rasyid Kajian ini bertujuan membentuk instrumen untuk mengenal pasti motif penglibatan remaja dalam bidang sukan. Instrumen Motif Penglibatan Sukan (MPS) dibina melalui dua fasa penyelidikan iaitu fasa penggubalan item dan ujian psikometrik instrumen. Pengubalan item soal selidik dilakukan mengikut proses Nominal Group Technique terhadap remaja yang aktif dalam sukan. Sebanyak 75 item telah terhasil daripada fasa penggubalan item soal selidik. Analisis faktor dan nilai pekali Alpha Cronbach digunakan untuk menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan dalaman data. Soal selidik MPS telah ditadbir ke atas 582 orang remaja yang aktif bersukan bagi mendapatkan analisis faktor dan kebolehpercayaan instrumen. Hasil proses analisis komponen prinsipal soal selidik MPS mempunyai 58 item merangkumi sembilan faktor iaitu Menaikkan Nama Negara, Kesihatan dan Kecergasan, Peningkatan Kemahiran, Inginkan Cabaran, Inginkan Kejayaan, Kebanggaan Keluarga, Kebanggaan Diri, Kestabilan Emosi dan Jaminan Masa Depa..... 13433 hits |