UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Norzuraina Mohd Nor
12019
thesis
Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian
Norzuraina Mohd Nor
  Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan  model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan  reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang  murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,  temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,  manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah  berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran  Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan  BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose.....

21695 hits

22015
thesis
Pendekatan visual untuk meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
Norzuraina Mohd Nor
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam meningkatkan kreativiti murid cacat pendengaran. Pendekatan visual digunakan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada murid cacat pendengaran yang melibatkan penggunaan modul yang dihasilkan berunsur grafik, objek sebenar dan bahan multimedia. Kajian ini juga melihat peningkatan kreativiti murid cacat pendengaran setelah menggunakan modul yang berasaskan pendekatan visual yang terdapat di dalamnya elemen bahasa seni visual dan kaedah pengajaran. Kajian gabungan kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental. Sampel kajian terdiri daripada enam orang murid cacat pendengaran dan empat orang guru seni visual di Sekolah Pendidikan Khas Selangor Seksyen 18, Shah Alam. Data temubual dan pemerhatian diuruskan dalam bentuk rumusan manakala data tugasan dan foto visual diuruskan dengan menggun.....

1196 hits

Filter
thesis ... (2)
article ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Norzuraina +Mohd +Nor




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.