UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Tan Alex Siaw Wei |
1 | 2021 thesis | Tahap kefahaman dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) guru Bahasa Cina sekolah menengah Tan, Alex Siaw Wei Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan guru
Bahasa Cina sekolah menengah di negeri Selangor. Seramai 183 orang guru Bahasa
Cina daripada 147 buah sekolah menengah di Selangor menjadi respoden kajian.
Kajian ini merupakan gabungan kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan
borang soal selidik dan temu bual sebagai metodologi dalam kajian ini. Analisis
deskriptif dilaksanakan untuk melihat nilai min, sisihan piawai, kekerapan dan
peratusan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan penerapan KBAT
guru-guru Bahasa Cina di sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa
tahap pemahaman dan pengetahuan guru terhadap KBAT yang semakin tinggi akan
memberi kesan yang positif dalam pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Bahasa
Cina di sekolah menengah. Ini dapat dibuktikan melalui analisis statistik deskriptif
dengan skor min purata 3.70 bagi tahap kefahaman guru..... 1542 hits |